Setiba di hadapan Lata Iskandar mataku terpukau oleh kecantikan dan keindahan air terjunnya yang terpampang di depan mata dan perasaan teruja mula membelasah diri untuk merasai air yang putih jernih serta sejuk itu akan tetapi cuaca yang tidak mengizinkan ketika itu aku hanya mampu melihat dari jauh akan tetapi keesokan harinya ketika dalam perjalanan pulang cuaca yang sangat sangat indah dan cerah membuatkan aku sekeluarga dapat merasai air terjun di cameron itu...syukur pada nikmat Allah s.w.t
Belakang adik tu strawberry yang belum masak masih hijau lagi...indah sungguh ciptaan Alllah s.w.t
Naaaa..tu dia merah merekah dan manis ..memang tak bole bawak balik kl ..wajib makan diatas kerana masih manis...
Pandangan mata yang tidak pernah puas seolah-olah jam dan saat itu tidak pernah berputar dan andai saja aku dapat berkeadaan seperti itu selamanya...haihh kata anak daraku sorang ni...kan best kalau tak balik kl duduk sini tak bising tak jam tak berhabuk..bla bla bla..hai anak, kalau bole umie ni pon nak macam tu boleee...hahahaha
Kata orang sampai cameron tak sah tak pekena teh dia....jom hi tea..

Belakang adik tu strawberry yang belum masak masih hijau lagi...indah sungguh ciptaan Alllah s.w.t
Nila nite market di tanah rata...best macam macam adaaa....
Jadi begitulah percutian sehari semalam yang tidak dirancang dan insyaAllah dikemudian hari jika ada rezeki kami akan kesana lagi....






